Insya-allah tarikh bagi rawatan seterusnya adalah seperti berikut:
Tarikh : 1/2/2017 - 10/2/2017
11/2/2017- 20/2/2017
21/2/2017 -2/3/2017
PENDAFTARAN KINI DI BUKA. Hubungi 017-3483840 / 03-61772506
Umur : Remaja, Belia dan Warga Emas
Janitina Peserta: Lelaki dan Wanita.
Kediaman, makan akan diuruskan oleh pihak kami. Peserta hanya perlu bawa pakaian solat, pakaian harian, selipar, kasut sukan.
Kaedah rawatan kami mengguna Rawatan Tradisional , perubatan Islam dan alternatif yang menggunakan kaedah "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".
Peserta
akan di beri rawatan Selama 10 hari (5 hari pertama pemulihan) dan 5
hari kedua (Aktiviti tahan lasak, rohani bimbingan dan kaunseling).
Peserta akan diberi minum Air Kelapa muda yang telah
dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran / Ruqqyah yang tertentu serta
telah di
bacakan dengan Doa-Doa khusus,masa minum air kelapa tersebut ialah pada
waktu pagi ketika perut masih kosong lagi.
Selalunya tidak sampai setengah jam setelah diminum, peserta akan
muntah. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan
bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya
kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap
Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 5 hari
terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini akan difokuskan dalam bentuk
bimbingan pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan
sehingga ke hari yang ke 10, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang
terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari
ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.
Alhamdulillah,
setakat ini Allah Taala telah mengizinkan kami untuk mengikhtiarkan
penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal
peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah
bergelar datuk. Para penagih yang akan menjalani rawatan mestilah untuk
tinggal selama 10 hari di kediaman yang disediakan.
Suasana rawatan
yang selesa.
Kami akan beri fokus kepada 10 orang sahaja untuk dirawat pada satu-satu sesi
rawatan. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang
mantap dapat ditumpukan sepenuhnya sepanjang proses rawatan ini.
Alhamdulillah,
dengan izin Allah setakat ini kami merupakan antara pengamal
perubatan kaedah alternatif, tradisional secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah
rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 10 hari sahaja, dengan syarat
kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit
dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa. Kaedah yang di tawarkan
ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain.
Sebenarnya
masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada
permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara
mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya
seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar
menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan
dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang
telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk
hidup sempurna.Bahkan telah banyak nyawa telah melayang akibat dari
sikap penagihan dadah ini.
Oleh
yang demikian itu Pusat Rawatan kami akan berusaha sedaya upaya mungkin
untuk menyedarkan kembali si penagih dari dunia khayalannya serta akan
menanamkan keimanan yang kuat dan tepat dengan kehendak Allah s.w.t.
Insya ALLAH si penagih akan dapat kembali ke pangkal jalan kebenaran
sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan
ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah
satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas
hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang
membinasakan ini.
Yakinlah
bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t maha menerima taubat hambanya sekali
pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku
kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai
Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita
akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang
kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa
NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala
SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah
SYURGA dan Jauhilah NERAKA.
Pesakit di beri minuman air kelapa muda yang telah di ruqqyahkan bagi membuang bisa dan racun dadah |
Kasihanilah dan ingatlah ibu/bapa/adik-beradik serta anak isteri yang masih menyayangi dan memerlukan kita.Mulakan langkah dari sekarang untuk berubah dengan menjalani rawatan pemulihan yang ditawarkan ini. Semoga anda berjaya di Dunia dan Akhirat.....Aminnn.
INSYA ALLAH Pusat Rawatan kami bersedia untuk membantu anda bebas dari belenggu ketagihan dadah.
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah anda akan dapat merasai ketenangan dan kedamaian hidup yang anda impikan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan